Posts

Zarathustra

 Saya sukar mengetap bibir mata kebelakangan ini. Ada gangguan dalam benak ini yang merencat waktu rehat saya yang tidak seenak insan lain. Tetapi, saya juga pusing memikirkan mainan kata Zarathustra yang sangat menekan kompas fahaman moral saya. Ah! Mungkinkah tiba waktunya saya bersengketa dengan maharaja siang kembali?

Puppeteer

 Adakah individu sepenuhnya bertanggungjawab terhadap kebersendirian insan lain meskipun sosok itu seorang yang akrab dengannya? Wajarkah ehwal yang sulit dibincangkan 'mewakili' sosok yang lain itu? Bukankah tanggungjawab insan secukupnya berkisar tentang persoalan moral dan etika tanpa menjadi nadi kepada keputusan pihak lain? Saya berasa wujudnya persoalan absurd yang ketara dalam hal-hal ini.  Bukankah pengkayaan naluri individu itu perlu diselami dari pemerhatian kendiri yang mencorak akal murni demi keutuhan diri sendiri? Sungguh saya hairan akan 'wujudnya' malaikat kasat di mata yang lagaknya seperti tuan gembala. Dan hal ini membuatkan saya semakin sukar membayangkan bahawa Sisyphus sedang bahagia!   

Propositum

 Saya masih mencari propositum dalam langkah ini, mohon doakan.

Taakul

Sejak saya mempunyai lebihan masa kurniaan Tuhan ini saya mampu menaakul dengan lebih dalam dan meluas. Saya perhati satu persatu hikmah telah tersurat yang selama ini dirasakan tidak bererti sama sekali. Benarlah bahawa Tuhan tidak memberi semua yang dikehendaki, ia diberi ketika kunjungnya waktu yang tepat.

Jeda

 Sungguhnya saya rindu ketika mana tinta berjalan lebih pantas melebihi buah fikiran. Ketika saya masih mampu melakar tanggapan yang menjelma, lalu mengubahnya menjadi aksara abadi.
Image
Usai terhentinya hujan bulan juni yang menyesakkan itu, kau pulang ke alam sana dengan titipan lembaran puisi-puisi abadi. "Yang fana adalah waktu, kita abadi." Selamat istirahat buat Pak Sapardi Djoko Damono. Al-Fatihah.
Image
Sungguh sayang. Ia tetap merugikan. Benar terkadang sukar bagi seseorang sedar miliki permata ditangan, kaca juga yang dipilihnya. Dikala yang lain dengan bangga memuja cahaya itu, kita sendiri mempersiakan. Sedangkan peluang bagai kucing lepas senja yang belum tentu akan kunjung tiba. Hargailah sebelum peluang ini pudar. Atau mereka terlebih dahulu ditelan usia.