Posts

Showing posts from 2019

Ulasan PPBI

Image
Entri kali ini membincangkan tips penulisan kreatif yang diambil daripada makalah  https://www.writingforward.com/writing-tips/the-22-best-writing-tips-ever  oleh Melissa Donovan. Saya terpanggil untuk mengulas tentang beberapa tips di dalam makalah tersebut. Antaranya ialah pada tips yang kedua iaitu " Read as much and often as you can. Remember, every writer is a reader first ." Benar jika seseorang mahu menjadi seorang penulis atau sekurangnya cuba menulis dia mesti mempunyai sedikit pengetahuan mengenai apa yang mahu ditulisnya. Dan dengan cara memperoleh pengetahuan itu seharusnya dilakukan pembacaan. Menyitir penyataan dari seorang tokoh penulisan dunia kreatif barat iaitu Stephen King " If you want to be a writer, you must do two things above all others: read a lot and write a lot ." Jadi untuk mencapai apa yang seharusnya dilakukan oleh penulis ialah dengan membaca. Juga diingatkan perintah tuhan yang pertama sekali ialah membaca bukan? Mustahil jika seo...
Image
Mungkin telah tertiris sedikit perihal apa yang ditutup rapi di hujung kotak fikirannya. Mungkin juga awalnya disangka laman itu mustahil untuk berdaya huni. Barang kali mereka lupa semuanya didayakan oleh kudrat yang kesenjangan namun tetap masih ada.
Berikan harga diri pada karya, berhenti untuk hanya memberi tanda harga semata.
Image
Oktober yang amat menduga sudah di penghujung. Meski ia bagai hampir selesai, luka masih deras mengalirkan titis duka, lalu menghanyutkan kekuatan yang tersisa. Saya akui sedikit lega setelah ianya berakhir. Namun apa guna bila dugaan itu merentap sekali satu-satunya lindungan saya yakni semangat?  Berulang kali saya citakan untuk bebas laksana unggas di udara. Kekal terbang tanpa batas walau hanya sendiri. Saya sanggup.
Mereka hanya ghairah saat perihal sia-sia diutarakan. Mengecewakan. Mereka dirangsang oleh abet jahat Sang Derhaka. Menakutkan. Dan saya cuma terpanar sendiri. Keliru.
Image
  Unggulku.      Unggulku,  Dari sirat-saraf,  Dan tulang tahun,  Dari lembar halaman,  Dan longgok gagasan.  Yang aku temui,  Di bawah kulit dan kepala ini,  Bagaimanakah,  Akan kutumbangkan untukmu,  Pecahkan dasarnya,  Untuk hiburanmu?  Pendirian ini,  Ialah rumah maknaku.  Akan kutembokkannya,  Dari banjir pemusnah,  Yang menyerang,  Seperti amarah tidak berkepala.                    Namun,  Akan kuangkutnya ke sini,  Seluruhnya setiap garis, rupa, kata dan warna,  Yang mewajahkannya,  Kerana inilah garisan silang kenyataan.           Bagaimanakah akan kucairkan,  Kolam peribadiku,  Arca keyakinanku,  Buat yang hanya,  Berkelana di lorong samp...
Benarkah adanya manusia yang berhati keras?  Tiada wujudnya rasa simpati atau mudah terasa hati dengan insan lain? Saya menilai diri saya sedemikian rupa. Namun saya terkesan hanya dengan perkara kecil. Misalnya gejolak sukma yang merasakan saya hanya pilihan terakhir yang ada di benak insan lain. Nian saya terkesan dengannya. Jadi, saya sebenarnya masih rapuh?
Image
Kali terakhir saya berada di tepian pasir abiad adalah pada musim rehatnya para siswa. Meski saya biasa (atau memang kehidupan saya yang senang melihat samudera di hadapan), saya sentiasa rindu dengannya. Di sana juga saya merasakan tatacara kehidupan amat berbeza, ianya lebih baik. Saya menikmati setiap terbenamnya suria dan hargai munculnya purnama. Bahagianya muncul bersama larian ombak.
Saya berasa ralat jika tidak mampu melontar isi akal di laman ini. Semuanya bagai terbungkam bila hati tidak merasa aman. Beku.
Usai merarau saya dipanggil untuk membantu urusan temu duga dikalangan siswa yang baharu. Saya sedari bahawa diri saya juga melalui perkara sebegini setahun yang lalu. Dalam suasana ini, saya melihat dan berpendapat setiap siswa menjadi narsisistik demi mendapat tempat dalam kumpulan ini. Kini saya tertanya, beginikah juga saya setahun yang lalu? Narsisistik semata untuk 'menjual' diri bagi mengalas beban yang berat kini? Saya tersenyum.
Pergi sudah negeri kabut. Udara yang nirmala akhirnya kembalikan catan biru di dada langit. Semua di atas izin dan kuasa-Nya. Syukur.
Saya masih disini hanya kerana diikat janji. Dan janji yang dilafaz pada yang telah pergi bagai abadi diiring bersama. Pastinya ia tidak mudah dilepaskan, meski pada tahap hati sudah beringgang dengan deras. Mungkin saya lebih cenderung kepada berpura-pura kuat. Mungkin itu menjadi asbab mereka tidak peduli. Saya berhak dan sentiasa punyai hak untuk berehat jika lelah. Moga tidak maglub hanya kerana nabung pada manusia.
Ramai yang bertanyakan juga mengusulkan ilham bagi penulisan cerpen akan datang. Namun jujurnya saya masih swaragu dengan apa yang diusulkan. Kebanyakkan dari ilham itu agak aneh dan terlalu berat pada pandangan saya.  Apa yang difikirkan hanya sebuah fikiran. Ya, saya cuba himpunkan suatu dunia cetusan dari akal manusia sahaja. Tidak lebih dan 'bombastic' seperti fiksyen apatah kisah 'romance' yang dilarang guru saya. Bukan tidak mahu mencuba, cuma tatalaksana imaginasi saya agak melampau dan menakutkan. Terima kasih pada pemberi ilham. Seperti kalian saya juga masih belajar dan akan terus belajar.
Antara yang pasti tiba ialah tanggal kadaluarsa. Persoalan kini yang telah tiba sempurnakah cerutu dan mutu saya?
Agak mustahil jika seseorang tidak tertarik dengan dunia media sosial ketika ini. Meski rata-rata hanya menjadikannya sebagai suatu 'pelepasan' dari dunia nyata atas tujuan hiburan. Nian ia membantu jika hanya itu yang dicari. Namun, menyitir satu penyataan ringkas daripada Romal Tune, " Use the Internet, don't let the Internet using you." Saya sedari hal ini benar-benar serius. Seperti juga pesanan adirathna kepada saya " Jangan menghukum semuanya sama rata" saya tidak bermaksud seluruh pengguna hanya mengejar hiburan semata. Syukur masih ada yang 'mempergunakan' dunia maya bagi menyampaikan pengetahuan dan perkara berfaedah. Segera kejar dan temui mereka. Itu pesan saya.
Image
Antara 'meme' berfaedah yang saya temukan di dunia maya. Usaha berfaedah atau nirfaedah dalam martabatkan bahasa kita melalui jenaka? Anda tentukan. 
Seperti kebanyakkan insan lain, saya mengakui 'humor' juga perlu dalam rutinitas sebagai makhluk berakal. Tambahan dengan kepelbagaian jenaka mutakhir ini, 'humor' di dalam istilah 'meme' galak dipamerkan di dunia maya. Namun wujudkah individu yang mengangkat martabat bahasa kita melalui 'meme' berbanding menggunakannya secara terus daripada Bahasa Inggeris? Ya, mereka wujud meski masih kurang. Syukur.  

Salam sua !

Salam sua pada dunia maya! Moga usaha kali ini menjadi masdar cinta kepada seni dunia bahasa.