Ulasan PPBI



Entri kali ini membincangkan tips penulisan kreatif yang diambil daripada makalah https://www.writingforward.com/writing-tips/the-22-best-writing-tips-ever oleh Melissa Donovan. Saya terpanggil untuk mengulas tentang beberapa tips di dalam makalah tersebut. Antaranya ialah pada tips yang kedua iaitu "Read as much and often as you can. Remember, every writer is a reader first." Benar jika seseorang mahu menjadi seorang penulis atau sekurangnya cuba menulis dia mesti mempunyai sedikit pengetahuan mengenai apa yang mahu ditulisnya. Dan dengan cara memperoleh pengetahuan itu seharusnya dilakukan pembacaan. Menyitir penyataan dari seorang tokoh penulisan dunia kreatif barat iaitu Stephen King "If you want to be a writer, you must do two things above all others: read a lot and write a lot." Jadi untuk mencapai apa yang seharusnya dilakukan oleh penulis ialah dengan membaca. Juga diingatkan perintah tuhan yang pertama sekali ialah membaca bukan? Mustahil jika seorang pendatang dunia penulisan baharu mampu menulis jika tidak dimulakan dengan sebuah pembacaan. Saya bersetuju bahawa ilham itu lahir dari imaginasi manusia sendiri namun apa yang membuatnya bergerak dengan mengikut konvensi yang seharusnya ialah ilmu yang diperoleh daripada ketekunan membaca. Jika sesorang tidak mempunyai masa untuk membaca, dia juga tidak akan mempunyai masa untuk menulis. Kedua-duanya adalah saling berhubung daripada satu konteks yang sama iaitu usaha.

Comments

Popular posts from this blog

Zarathustra

Puppeteer