Usai merarau saya dipanggil untuk membantu urusan temu duga dikalangan siswa yang baharu. Saya sedari bahawa diri saya juga melalui perkara sebegini setahun yang lalu. Dalam suasana ini, saya melihat dan berpendapat setiap siswa menjadi narsisistik demi mendapat tempat dalam kumpulan ini. Kini saya tertanya, beginikah juga saya setahun yang lalu? Narsisistik semata untuk 'menjual' diri bagi mengalas beban yang berat kini? Saya tersenyum.
Posts
Showing posts from September, 2019
- Get link
- X
- Other Apps
Saya masih disini hanya kerana diikat janji. Dan janji yang dilafaz pada yang telah pergi bagai abadi diiring bersama. Pastinya ia tidak mudah dilepaskan, meski pada tahap hati sudah beringgang dengan deras. Mungkin saya lebih cenderung kepada berpura-pura kuat. Mungkin itu menjadi asbab mereka tidak peduli. Saya berhak dan sentiasa punyai hak untuk berehat jika lelah. Moga tidak maglub hanya kerana nabung pada manusia.
- Get link
- X
- Other Apps
Ramai yang bertanyakan juga mengusulkan ilham bagi penulisan cerpen akan datang. Namun jujurnya saya masih swaragu dengan apa yang diusulkan. Kebanyakkan dari ilham itu agak aneh dan terlalu berat pada pandangan saya. Apa yang difikirkan hanya sebuah fikiran. Ya, saya cuba himpunkan suatu dunia cetusan dari akal manusia sahaja. Tidak lebih dan 'bombastic' seperti fiksyen apatah kisah 'romance' yang dilarang guru saya. Bukan tidak mahu mencuba, cuma tatalaksana imaginasi saya agak melampau dan menakutkan. Terima kasih pada pemberi ilham. Seperti kalian saya juga masih belajar dan akan terus belajar.
- Get link
- X
- Other Apps
Agak mustahil jika seseorang tidak tertarik dengan dunia media sosial ketika ini. Meski rata-rata hanya menjadikannya sebagai suatu 'pelepasan' dari dunia nyata atas tujuan hiburan. Nian ia membantu jika hanya itu yang dicari. Namun, menyitir satu penyataan ringkas daripada Romal Tune, " Use the Internet, don't let the Internet using you." Saya sedari hal ini benar-benar serius. Seperti juga pesanan adirathna kepada saya " Jangan menghukum semuanya sama rata" saya tidak bermaksud seluruh pengguna hanya mengejar hiburan semata. Syukur masih ada yang 'mempergunakan' dunia maya bagi menyampaikan pengetahuan dan perkara berfaedah. Segera kejar dan temui mereka. Itu pesan saya.
- Get link
- X
- Other Apps
Seperti kebanyakkan insan lain, saya mengakui 'humor' juga perlu dalam rutinitas sebagai makhluk berakal. Tambahan dengan kepelbagaian jenaka mutakhir ini, 'humor' di dalam istilah 'meme' galak dipamerkan di dunia maya. Namun wujudkah individu yang mengangkat martabat bahasa kita melalui 'meme' berbanding menggunakannya secara terus daripada Bahasa Inggeris? Ya, mereka wujud meski masih kurang. Syukur.