Usai merarau saya dipanggil untuk membantu urusan temu duga dikalangan siswa yang baharu. Saya sedari bahawa diri saya juga melalui perkara sebegini setahun yang lalu. Dalam suasana ini, saya melihat dan berpendapat setiap siswa menjadi narsisistik demi mendapat tempat dalam kumpulan ini. Kini saya tertanya, beginikah juga saya setahun yang lalu? Narsisistik semata untuk 'menjual' diri bagi mengalas beban yang berat kini? Saya tersenyum.
Puppeteer
Adakah individu sepenuhnya bertanggungjawab terhadap kebersendirian insan lain meskipun sosok itu seorang yang akrab dengannya? Wajarkah ehwal yang sulit dibincangkan 'mewakili' sosok yang lain itu? Bukankah tanggungjawab insan secukupnya berkisar tentang persoalan moral dan etika tanpa menjadi nadi kepada keputusan pihak lain? Saya berasa wujudnya persoalan absurd yang ketara dalam hal-hal ini. Bukankah pengkayaan naluri individu itu perlu diselami dari pemerhatian kendiri yang mencorak akal murni demi keutuhan diri sendiri? Sungguh saya hairan akan 'wujudnya' malaikat kasat di mata yang lagaknya seperti tuan gembala. Dan hal ini membuatkan saya semakin sukar membayangkan bahawa Sisyphus sedang bahagia!
Comments
Post a Comment