Agak mustahil jika seseorang tidak tertarik dengan dunia media sosial ketika ini. Meski rata-rata hanya menjadikannya sebagai suatu 'pelepasan' dari dunia nyata atas tujuan hiburan. Nian ia membantu jika hanya itu yang dicari. Namun, menyitir satu penyataan ringkas daripada Romal Tune, " Use the Internet, don't let the Internet using you." Saya sedari hal ini benar-benar serius. Seperti juga pesanan adirathna kepada saya " Jangan menghukum semuanya sama rata" saya tidak bermaksud seluruh pengguna hanya mengejar hiburan semata. Syukur masih ada yang 'mempergunakan' dunia maya bagi menyampaikan pengetahuan dan perkara berfaedah. Segera kejar dan temui mereka. Itu pesan saya.
Puppeteer
Adakah individu sepenuhnya bertanggungjawab terhadap kebersendirian insan lain meskipun sosok itu seorang yang akrab dengannya? Wajarkah ehwal yang sulit dibincangkan 'mewakili' sosok yang lain itu? Bukankah tanggungjawab insan secukupnya berkisar tentang persoalan moral dan etika tanpa menjadi nadi kepada keputusan pihak lain? Saya berasa wujudnya persoalan absurd yang ketara dalam hal-hal ini. Bukankah pengkayaan naluri individu itu perlu diselami dari pemerhatian kendiri yang mencorak akal murni demi keutuhan diri sendiri? Sungguh saya hairan akan 'wujudnya' malaikat kasat di mata yang lagaknya seperti tuan gembala. Dan hal ini membuatkan saya semakin sukar membayangkan bahawa Sisyphus sedang bahagia!
Comments
Post a Comment