Ramai yang bertanyakan juga mengusulkan ilham bagi penulisan cerpen akan datang. Namun jujurnya saya masih swaragu dengan apa yang diusulkan. Kebanyakkan dari ilham itu agak aneh dan terlalu berat pada pandangan saya. Apa yang difikirkan hanya sebuah fikiran. Ya, saya cuba himpunkan suatu dunia cetusan dari akal manusia sahaja. Tidak lebih dan 'bombastic' seperti fiksyen apatah kisah 'romance' yang dilarang guru saya. Bukan tidak mahu mencuba, cuma tatalaksana imaginasi saya agak melampau dan menakutkan. Terima kasih pada pemberi ilham. Seperti kalian saya juga masih belajar dan akan terus belajar.
Puppeteer
Adakah individu sepenuhnya bertanggungjawab terhadap kebersendirian insan lain meskipun sosok itu seorang yang akrab dengannya? Wajarkah ehwal yang sulit dibincangkan 'mewakili' sosok yang lain itu? Bukankah tanggungjawab insan secukupnya berkisar tentang persoalan moral dan etika tanpa menjadi nadi kepada keputusan pihak lain? Saya berasa wujudnya persoalan absurd yang ketara dalam hal-hal ini. Bukankah pengkayaan naluri individu itu perlu diselami dari pemerhatian kendiri yang mencorak akal murni demi keutuhan diri sendiri? Sungguh saya hairan akan 'wujudnya' malaikat kasat di mata yang lagaknya seperti tuan gembala. Dan hal ini membuatkan saya semakin sukar membayangkan bahawa Sisyphus sedang bahagia!
Comments
Post a Comment