Posts

Image
Ia menakjubkan apabila kita sedar Tuhan tidak memerlukan sebarang sedatif untuk mengelirukan tafsiran indera.

Masih cetusan Isolasi

Image
Petiakanlah Sdr akan sunyinya tanah pada detik ini. Sepi hingga keberadaan angin lembah melayah dirasai. Dunia membungkam kerana makhluk nirjasad yang membuak entah sampai bila.

Isolasi Kendiri

Image
Saya masih patuh dengan arahan pemerintah untuk kekal di kediaman sendiri. Namun usai sahaja tiba hari satu yang lepas, Saya mula berasa sesak dengan arahan ini. Ditambah pula kekangan bagi sebarang pergerakan keluar. Ada terdetik bagaimana mereka di negeri yang sudah sedia dikurung pemerintah bertahun-tahun lamanya. Masih wujudkah tekanan itu? Atau mereka sudah pun lali dan beradaptasi dengan gaya hidup ini? Bersyukurlah.     
Image
Nyata saya hanya melihat alam dengan pancaindera dari sekecil ruang yang ada. Pernah beberapa kali (sebenarnya sering) saya ratapi akan kurangnya mereka yang sudi menyelusuri ujana kesusasteraan ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang diwujudkan jelas peluang dihadapan masih tetap mengaburkan diri sendiri dari estetik laman ini. Namun dengan tidak semena saya berjumpa sekelompok kecil mereka yang menongkah laman sastera tanpa kemudi tapi masih berkesan dan mengagumkan dari golongan tidak bersyukur itu. Meski ilham mereka boleh dikira picisan (tidak semua) ia tetap melapangkan dada. Sekurangnya nadi sastera itu masih berdetak walau kian sunyi dan tidak dipeduli.
Image
Dan tamatnya tempoh itu turut melenyapkan juga segala yang dititipkan. Masih sahaja tiada beza. Dicurah kering tanpa ingin menyimpan walau sedikit. Masih sahaja mengecewakan.

Ulasan PPBI

Image
Entri kali ini membincangkan tips penulisan kreatif yang diambil daripada makalah  https://www.writingforward.com/writing-tips/the-22-best-writing-tips-ever  oleh Melissa Donovan. Saya terpanggil untuk mengulas tentang beberapa tips di dalam makalah tersebut. Antaranya ialah pada tips yang kedua iaitu " Read as much and often as you can. Remember, every writer is a reader first ." Benar jika seseorang mahu menjadi seorang penulis atau sekurangnya cuba menulis dia mesti mempunyai sedikit pengetahuan mengenai apa yang mahu ditulisnya. Dan dengan cara memperoleh pengetahuan itu seharusnya dilakukan pembacaan. Menyitir penyataan dari seorang tokoh penulisan dunia kreatif barat iaitu Stephen King " If you want to be a writer, you must do two things above all others: read a lot and write a lot ." Jadi untuk mencapai apa yang seharusnya dilakukan oleh penulis ialah dengan membaca. Juga diingatkan perintah tuhan yang pertama sekali ialah membaca bukan? Mustahil jika seo...
Image
Mungkin telah tertiris sedikit perihal apa yang ditutup rapi di hujung kotak fikirannya. Mungkin juga awalnya disangka laman itu mustahil untuk berdaya huni. Barang kali mereka lupa semuanya didayakan oleh kudrat yang kesenjangan namun tetap masih ada.